Free advertising

Tuesday 10 May 2011

TATKALA CUACA PANAS.

fuh, panas sungguh cuaca hari ni, tadi suhu di shah alam menjangkau 36 darjah celsius! biar betui.. betui la.. berdenyut kepala pakcik ni.. di malam hari sekarang ni suhu dalam lingkungan 30 darjah celsius.. masih luar biasa lagi kerana itu selalunya di siang hari suhu begitu.. dijangkakan suhu begini berlanjutan dan berakhir dalam masa terdekat menurut pakar meteorologi. apa nak buat, bukan kehendak kita. cuaca ini berlaku di sebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang di kesan berlaku di utara Filipina. meniup angin dari arah barat daya ke negara ini, ini belum cukup panas lagi kerana Malaysia pernah mencatat suhu 38-40.1 darjah celsius!! , memang panas, kesian pada budak-budak dan orang tua. apa pun di nasihatkan minum air kosong banyak-banyak, air lain pun boleh minum bukan tak boleh, janji boleh minum, makan buah-buahan banyak gila, agak-agak la bro jangan sampai gila..haa ini penting, Pembakaran Terbuka ELAKKAN,nampak tak huruf besar tu,maknanya JAGA-JAGA ok. panas-panas ni elak main panas, selalu masa zaman kecik-kecik mak cakap.. " Aminnnn jangan main panassss.. nantii demmammm.." tak gitu?? haha. memang best time tu.

pastu kalau boleh "Jangan marah-marah time panas ni.. api lawan nya air, bila musim panas Api campur Api jadi apa?? jadi gunung berapi.. gitu je.. Istifar banyak-banyak ok bila nak marah-marah tu.. cuaca panas memang membawa perubahan mood secara ketara kadang-kadang saudara saudari. wassalam

No comments:

Post a Comment