Free advertising

Tuesday 10 May 2011

KENAPA SEMUT MASIH ADA NI!!??

berdasarkan tajuk di atas saya rumuskan, ini memang lazim kedengaran di merata-rata tempat. khususnya bangunan-bangunan. rumah kampung lagilah banyak, cuba anda perhatikan jenis semut itu, adalah jenis liar atau jenis yang ikut barisan? jenis liar memang susah sikit kita nak kesan, kalau jenis ikut barisan memang senang. contohnya pengalaman saya buat kerja kawalan makhluk perosak di bangunan kementerian sumber asli di putrajaya, ada seorang saja pekerja di 1 tingkat tu asyik merungut semut masih ada, katanya pada saya, " awak buat kerja tak betul ke? bayar mahal-mahal tiap-tiap bulan tapi 'fail'! gagal la tu. saya terangkan ubat dari syarikat kawalan serangga tidak sama seperti aerosol dalam pasaran atau ubat yang di jual dalam kedai 'hardware'. so apa macam katanya.

jadi langkah pertama saya ialah mengesan jenis semut itu dan mendapati ianya jenis yang mengikut barisan. maka mudah la kerja saya. saya mengikut laluan semut itu dari mana mulanya sampai akhir. kemudian saya dapati tempat yang di sembur tiap-tiap bulan selalu di cuci.maka ubatnya tidak tahan di situ walaupun seminggu,dalam masa yang sama saya dapati ada retakan pada penjuru tingkap.walaupun telah ada 'seal' di situ,semut tetap dapat melepasi melalui retakan.jadi tak hairanlah dari mana datangnya semut-semut walaupun di servis setiap bulan,bukan masalah ubat tak berkesan,tapi masalah mekanikal,dan tempat yang dicuci adalah kawasan ubat yang telah disembur.lagipun kebersihan agak kurang memuaskan . maklumlah di situ pejabat dan adakalanya jadi tempat makan juga dengan plastik,bungkusan makanan penuh dalam tong sampah.

jadi dalam masalah 'pest' ataupun makhluk perosak , kita sama-sama terlibat,tugas operator kawalan makhluk perosak adalah mengawal, dan tak semestinya terlibat sama dengan mekanikal,jika boleh kita sediakan,kita akan sediakan demi kepuasan pelanggan. dan operator kawalan serangga tidak boleh memberi 100peratus jaminan bahawa makhluk perosak itu terus lenyap dari situ, ini kerana kawasan atau ruang sesuatu tempat agak luas selalunya,jadi banyak serangan dari setiap penjuru. harap maklum.

No comments:

Post a Comment