Free advertising

Tuesday 10 May 2011

Bankkrap Di Akhirat

Maksud hadith:

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?" Sahabat-sahabat baginda menjawab: "Orang muflis di antara kami Ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada dirham dan harta benda." Nabi Rasulullah s.a.w bersabda. "Sebenarnya orang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa pahala sembahyang , puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu; memakan harta orang orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian sekiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian dia akan dihumban ke dalam neraka."

hj ibrahim bin hj omar



DISINI AKU MENYERU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM,KHASNYA SAUDARA KU SUPAYA BERINGAT DAN CUBA LAH BERBUAT BAIK AMAL,CUBALAH MELAKUKANNYA,JIKALAU TIDAK KASIHANKAN DIRI,KASIHANILAH SAUDARA LAIN YANG AKAN TERLIBAT SAMA,SAMA SEPERTI SEORANG SUAMI YANG TIDAK MENASIHATI ISTERINYA SEMBAHYANG DAN BERBUAT BAIK,WALAUPUN SUAMI SANGAT WARAK SEMBAHYANG SAMPAI LEBAM DAHI,SIANG MALAM SEMBAHYANG NAMUN AKHIRNYA TERHUMBAN JUGA KE NERAKA KERANA DOSA ISTERINYA TADI,INI BUKAN PERKARA MAIN-MAIN DALAM AGAMA,TAPI JIKA DI AMALKAN INSYAALLAH ADA KEBAIKANNYA KERANA ALLAH DAH BERJANJI DAN MAHA TAHU SEGALA BAIK BURUK HUKUM HAKAM NYA, SAMA JUGA DENGAN ADIK ABANG, KAKAK ADIK,SEMUANYA DALAM 1 IKATAN .. 1 SAKIT SEMUA AKAN RASA DAN KENA.. WALLAHU'ALAM

1 comment: